12 May, 2009

Syonoknya dapat pegi Kursus Koperasi kat Langkawi..


Pada 06-09 Mei 2009 yang lepas saya telah bertolak ke Pulau Langkawi Kedah untuk menghadiri Kursus Wajib Koperasi Siri 1 anjuran Angkasa. Semua peserta kursus diminta berkumpul di hadapan pejabat Angkasa Zon 1, Taman Guru pada pukul 8.00 malam. Adik Wan Norashikin merupakan rakan seperjuangan saya untuk kursus ini. Selepas mnempuh perjalanan yang panjang iaitu lebih kurang 12 jam akhirnya bas sampai ke jeti Kuala Perlis. Naik feri pada pukul 9.00 pagi. Chek-in kat hotel Langkasuka, Langkawi pukul 11.00 lebih dah. Selepas solat zohor semua peserta di bawa bersiar-siar ke Kilang minyak gamat, kedai kain batik, Kota Mahsuri dan Kilim GeoPark dan Idaman Suri. Sebelah malamnya diadakan sesi berkenalan dan taklimat ringkas. Keesokan harinya slot kursus dipadatkan untuk membolehkan para peserta pegi shopping...alahai ! Syonok gak pegi shopping ramai2..kami sempat singgah kat rangkaian kedai Haji Ismail Group. Saya cuma shopping beg roda ( ustazah norehan pesan ) T-shirt dan coklat..sedapnya !! Malam sambung lagi slot kursus. Esok pulak sambung lagi 2 slot. Kursus berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Selepas lunch dan solat zohor semua peserta chek-out dari hotel. Window shopping kejap kat jeti kuah. Naik feri pukul 4.00 ptg dan sampai ke jeti Kuala Perlis 5.00 ptg..sempat beli buah mangga sikit dan makan laksa Kuala Perlis dan terus bertolak balik semula ke Kuantan. Sampai di Kuantan lebih kurang pukul 6.00 pagi 10 Mei 2009.. Selamat Hari Ibu buat emak dan diri sendiri ! Akibat keletihan dan perjalanan yang jauh itu saya telah demam selama 2 hari...Pastinya pengalaman manis berkursus di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam tidak akan dapat dilupakan... terima kasih Angkasa !!

No comments:

Post a Comment